Facebook Tegas Halang Pengguna Kongsi Kandungan Tanpa Izin

Facebook Tegas Halang Pengguna Kongsi Kandungan Tanpa Izin

Dalam usaha untuk menjadikan platform lebih bersih dan adil kepada pencipta kandungan, Meta kini mengambil langkah agresif untuk mengekang penyebaran kandungan tidak asli di Facebook. Ini termasuk kandungan copy-paste berbentuk teks, gambar mahupun video yang dimuat naik tanpa kebenaran pemilik asal.

Tujuan Utama: Lindungi Pencipta Kandungan Asal

Menurut Meta, semakin banyak akaun yang memuat naik kandungan milik orang lain tanpa sebarang nilai tambah atau perubahan. Kebanyakan daripada mereka hanya mengambil kandungan yang sudah tular dan menerbitkannya semula untuk meraih tontonan, likes atau keuntungan – tanpa memberikan kredit kepada pencipta asal.

Langkah ini juga bertujuan untuk mengurangkan akaun spam dan interaksi palsu yang semakin berleluasa di platform tersebut. Facebook menegaskan bahawa kandungan yang mengandungi logo aplikasi luar seperti TikTok turut akan dikenakan tindakan.

Akaun Ciplak Akan Dikenakan Had Capaian

Akaun yang dikenal pasti melakukan pelanggaran secara berulang akan:

  • Dikurangkan capaian kandungan (reach limitation)

  • Disekat daripada menyertai program monetisasi Facebook

Sebagai tambahan, Meta kini sedang menguji ciri baharu yang boleh mengesan kandungan asal dan secara automatik menyertakan pautan ke sumber asal jika ia dimuat semula oleh pihak lain.

Pelaksanaan Berperingkat di Facebook

Meta memaklumkan bahawa kemas kini ini akan dilaksanakan secara berperingkat ke seluruh pengguna Facebook dalam masa terdekat. Ini sekaligus menjadi amaran kepada pengguna yang gemar memuat naik kandungan ciplak untuk berfikir dua kali sebelum berkongsi bahan yang bukan milik mereka.

 

Sumber: Amanz

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *