Aplikasi MCMC Nexus Kini Tersedia di iPhone Uji Prestasi Internet Anda Dengan Lebih Mudah

Aplikasi MCMC Nexus Kini Tersedia di iPhone – Uji Prestasi Internet Anda Dengan Lebih Mudah

Selepas pelancaran awal pada Mac 2025 untuk pengguna Android, aplikasi rasmi MCMC Nexus kini turut boleh dimuat turun oleh pengguna iPhone melalui App Store bagi memudahkan lagi proses penilaian kualiti sambungan internet di Malaysia.

Melalui aplikasi ini, pengguna boleh melakukan ujian kelajuan internet, mengenalpasti kestabilan rangkaian, dan menilai pengalaman sebenar semasa menggunakan pelbagai aplikasi atas talian. Aplikasi ini membekalkan data terperinci tentang prestasi rangkaian di lokasi pengguna, sekaligus membolehkan pengguna membuat aduan lebih berfakta sekiranya terdapat isu.

Menariknya, aplikasi ini bukan sahaja digunakan oleh petugas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), malah boleh dimanfaatkan oleh orang awam untuk memantau dan menilai sendiri sama ada mereka menerima kualiti perkhidmatan internet seperti yang dijanjikan oleh penyedia rangkaian.

Bagi pengguna iPhone yang ingin menguji prestasi rangkaian mereka, MCMC Nexus kini tersedia secara percuma di App Store. Muat turun hari ini dan pastikan anda mendapat pengalaman internet terbaik di lokasi anda.

Sumber: Amanz

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *