Pengaruh media sosial dalam politik Malaysia semakin ketara.
Dulu ceramah di padang jadi senjata utama. Sekarang ?
Satu video 30 saat di TikTok boleh ubah sentimen pengundi.
Inilah realiti baharu politik Malaysia yang sebenar apabila media sosial menjadi gelanggang sebenar kuasa dan persepsi.
Rakyat Hidup Dalam Dunia Digital
Menurut kajian Kajidata, 71 % rakyat Malaysia menggunakan WhatsApp setiap hari, diikuti Facebook (61 %), TikTok (46 %) dan Instagram (45 %). Televisyen dan radio kini ketinggalan jauh. Kajian yang sama menunjukkan media sosial bukan sekadar hiburan namun ia membentuk cara berfikir, nilai hidup dan pandangan politik.
Profesor Datuk Seri Syed Arabi Idid menjelaskan bahawa ruang siber telah menjadi pentas politik baharu, manakala Datuk Haris Zuan menambah bahawa TikTok kini “medan politik sebenar”, walaupun tidak semua aktiviti maya diterjemah kepada kekuatan sebenar parti.

Parti Politik Masuk Era “Perang Digital”
Ketua UMNO Bahagian Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, menyeru ahlinya untuk menjadikan media sosial sebagai senjata politik utama. Beliau mengakui, generasi muda tidak lagi menonton siaran rasmi. Kini, mereka lebih cenderung menilai parti melalui content ringkas, berani dan telus di platform digital.
“Kita mesti berani hadapi teknologi. Aktifkan media sosial anda — YouTube, TikTok, Facebook. Ini medan baharu perjuangan kita,” katanya.
Media sosial kini bukan lagi tempat bersuara malah ia medan perang digital yang menentukan naratif politik dan masa depan pengundi muda.
Deepfake: Sisi Gelap Kuasa Digital
Tahun 2025 menyaksikan skandal video deepfake menggoncang politik negara. Video palsu menyerupai seorang menteri kanan tular dan menimbulkan kekeliruan pasaran serta persepsi awam.
Pihak PDRM dan CyberSecurity Malaysia mengesahkan ia hasil manipulasi kecerdasan buatan (AI).
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menjelaskan kerajaan sedang menilai semula lesen media sosial bagi mengekang penyebaran maklumat palsu. Malaysia turut meneliti langkah Singapura yang berjaya mengurangkan kandungan palsu sebanyak 45 % selepas memperkenalkan Akta Perlindungan Daripada Penipuan Digital.
Dunia Politik = Dunia Digital
Fenomena ini menunjukkan bahawa pengaruh media sosial dalam politik bukan lagi pilihan, tetapi keperluan. Naratif politik kini dibentuk oleh trending hashtag, klip video pendek, dan komen netizen. Politikus yang gagal menyesuaikan diri akan hilang relevansi. Hal ini sama seperti akhbar harian yang ditinggalkan generasi Z.
Kesimpulan
Media sosial ialah pedang dua mata: mampu menggerakkan perubahan, tetapi juga mencetuskan kekeliruan. Malaysia kini berdepan cabaran membina ekosistem digital yang selamat dan bertanggungjawab tanpa mengekang kebebasan bersuara.
💡 Nota dari Laman Teknologi:
Di dunia di mana reputasi boleh musnah dengan satu video palsu, keselamatan digital amat penting.
Di Laman Teknologi, kami bantu organisasi melindungi jenama mereka di alam maya terutamanya dari pengurusan krisis digital hingga sistem keselamatan laman web.
👉 Pastikan suara anda kekal benar, bukan hasil manipulasi algoritma.
Sumber: Prezcom, umnoonline, BERNAMA
