Huawei HarmonyOS Kekal Mendahului Apple iOS di China untuk 6 Suku Berturut-turut

Huawei HarmonyOS Kekal Mendahului Apple iOS di China untuk 6 Suku Berturut-turut

Huawei’s HarmonyOS sekali lagi mengekalkan kedudukan sebagai sistem operasi kedua terbesar di China, mendahului Apple iOS untuk suku keenam berturut-turut. Menurut laporan Counterpoint Research, HarmonyOS menguasai 17% pasaran sistem operasi telefon pintar di China pada suku kedua 2025, berbanding iOS dengan 16%, manakala Android kekal mendominasi dengan 66%.

Pertumbuhan HarmonyOS banyak disumbang oleh siri telefon pintar Nova dan model lipat Pura X yang mendapat sambutan baik. Walaupun di peringkat global HarmonyOS hanya berada pada 4% pasaran, Huawei terus memperkukuh ekosistemnya dengan melancarkan HarmonyOS Next dan versi terbaharu HarmonyOS 5 yang kini telah dipasang pada lebih 17 juta peranti.

Sejak dilancarkan pada 2019, HarmonyOS menjadi alternatif kepada Android selepas sekatan perdagangan AS ke atas Huawei. Kini syarikat itu menawarkan subsidi besar melalui inisiatif Tiangong untuk menarik pembangun aplikasi baharu serta membangunkan ekosistem bebas daripada teknologi AS. Langkah ini dilihat sebagai strategi jangka panjang Huawei untuk berdikari, termasuk mendedahkan pelan pemproses AI Ascend untuk bersaing dengan pembekal seperti Nvidia.

Sumber: SCMP.COM

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *